KUALA LUMPUR: Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz, 46, dan Fauzin Saihani, 34, serta beberapa rakan mereka cekal mengenakan solekan dan kostum tebal demi menghiburkan orang ramai untuk mencari rezeki di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini.
Nazri yang ditemui Bernama di Jalan TAR baru-baru ini berkata, dia mula berjinak-jinak sebagai badut secara sambilan pada 2016 sebelum menjadikan kerjaya tetap pada 2019 apabila ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) selepas berkhidmat dengan sebuah syarikat katering bagi sebuah syarikat penerbangan selama 23 tahun.
"Tawaran itu (VSS) memang saya nak ambil sebab ekonomi tak berapa elok masa itu. Jadi, sejak ambil VSS, saya terus buat kerja ini (menjadi badut) sampai sekarang," katanya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, biarpun ditawarkan kembali bekerja dengan syarikat terbabit, dia tekad meneruskan kerjaya sebagai badut penghibur kerana keserasian dan minatnya yang mendalam.
"Dulu (2016) pendapatan saya kurang memberangsangkan, jadi saya buat kerja sambilan. Saya tolong orang jual belon gas di pasar malam, satu malam secara purata saya boleh dapat RM50 dari 5 petang sampai 10 malam.
"Masa itu saya hanya tahu buat belon bentuk pedang. Selepas tu saya cari kenalan badut menerusi Google untuk kembangkan ilmu dan saya dapat kenali seorang badut yang menjadi guru saya dari Banting, Selangor," katanya menambah gurunya memberi tunjuk ajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Setelah hampir sedekad bekerja sebagai badut penghibur, Nazri berkata, antara cabaran yang sering dihadapinya adalah sikap sesetengah ibu bapa yang mempunyai tahap kesabaran yang rendah ketika hendak mendapatkan belon untuk anak-anak mereka.
"Saya tak letakkan bayaran kepada pelanggan, saya biar mereka bayar seikhlas hati, kadangkala ada yang ambil banyak tetapi bayar sikit, ada juga yang tak bayar langsung.
"Sikap ibu bapa ini yang susah nak tangani dan saya kena pandai kawal emosi saya untuk kawal perasaan mereka. Saya tak boleh marah mereka, kena tangani secara positif," katanya yang turut berkongsi rezeki dengan rakan-rakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai ketika bekerja.
Bercerita lanjut tentang kerjayanya sebagai 'Conda the Clown', Nazri berkata, aksesori paling mahal bagi seorang badut ialat kasut dipakai mereka, yang mampu mencecah hingga RM1,000 oleh kerana keunikan bentuknya dan sukar didapati.
Sementara itu, Fauzin berkata, dia sanggup berulang-alik sejauh 148 kilometer dari Melaka ke ibu kota pada setiap hujung minggu bagi menghiburkan orang ramai secara sambilan.
"Kita seniman jalanan, kerja kita menghiburkan orang. Ramai ibu bapa datang, anak-anak berjoget bersama kami. Kami rasa seronok," katanya yang tidak penat memakai kostum kucing dari pagi hingga malam, pada cuaca panas ini biarpun tebal.
Nazri, Fauzin dan sekumpulan rakan-rakan seperjuangan mereka pada kebiasaannya boleh ditemui menghiburkan orang ramai di sekitar Jalan TAR pada hujung minggu dan Dataran Merdeka, dari Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Fauzin berkata, dia sanggup berulang-alik sejauh 148 kilometer dari Melaka ke ibu kota pada setiap hujung minggu bagi menghiburkan orang ramai secara sambilan. - Gambar Bernama
WFP: Penduduk Gaza tanggung akibat krisis politik
WFP dedahkan penduduk Gaza hidup dalam kesesakan melampaui krisis kesihatan, dengan risiko tinggi cirit-birit pada kanak-kanak dan kekurangan tandas yang wajar.
Kesemua ahli pasukan MERCY berjaya dibawa keluar dari Gaza
Kesemua ahli pasukan perubatan kecemasan Malaysia Mercy telah berjaya dibawa keluar dari Rafah, Gaza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
WHO desak Israel patuhi undang-undang antarabangsa untuk penghantaran bantuan
WHO menggesa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa mengenai laluan selamat bantuan, berikutan amaran kebuluran kanak-kanak di Gaza akibat kekurangan makanan.
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Seniman jalanan penghibur masyarakat, bukan peminta sedekah
Seniman jalanan sinonim dengan panggilan Buskers, menghibur dari jalanan, kompleks membeli-belah hinggalah ke pentas muzik yang berprestij.